Kaya dan miskin
“ Kenapa kita tidak kaya ?
Jawabnya kerana kita tidak memperkayakan diri kita sendiri. Setiap hari kita berusaha dan bekerja untuk memperkayakan orang lain…
Anak isteri kita bahkan seluruh keluarga kita tidak membantu kita menjadi kaya… sebaliknya mereka turut membentu memperkayakan orang lain..”
Kaya dan miskin
Kaya
Bila disebut tentang kekayaan, gambaran kita selalu terbayangkan himpunan harta yang banyak atau melimpah-ruah.Kerana fahaman kekayaan bagi kita sama seperti yang fahami oleh orang-orang barat atau orang yang bertuhankan kebendaan.Aitu Accumulation of wealth.
Barang siapa yang berhasil menghimpun harta banyak,maka dia adalah orang kaya…
Ya ! Apa yang mengiringi kekayaan ?
Sudah tentu kehidupan yang mewah,nama yang hebat,kuasa,kawan yang ramai,disukai dan disanjungi ke sana ke sini…
Kita menjadi orang besar dan segala-galanya yang bersangkutan dengan kita menjadi besar. Rumah besar,kereta besar,cakap besar,isteri besar dan anakpun makan besar! Maka banyaklah manusia bercita-cita dan bermimpi untuk menjadi kaya. Betul !!! Tentunya, semua anda ingin menjadi kaya?…
Ada yang berfikir tidak mahu kaya… Janganlah kita membohongi kehendak kita. Ya… silakan jikalau mahu kaya ! Adakah mereka yang tidak mahu kaya memilih untuk miskin.?
Miskin
Lawan kekayaan ialah kemiskinan. Sekarang kita gambarkan pula bagaimanakah rupanya kemiskinan ? Sekarang kita khayalkan pula bagaimana rupanya kemiskinan itu…
Ya, rumah kecil lagi using tambah pula buruk tanpa harta, anak-anak yang lapar,isteri dengan wajah muram menunggu suami yang belum pulang. Apabila dia pulang dengan tangan kosong dan hanya dapat menuturkan alas an dan kesedihan… bertambah pula kekecewaan anak dan isteri yang kebuluran…
Ya. Jelas apakah yang mengiringi kemiskinan ? Tidak lain melainkan kesengsaraan dan penderitaan. Maka kebanyakan dari kita cukup takut hidup miskin.Maka kita berusaha untuk lari sekuat hati dari kemiskinan ibarat lari daripada harimau yang sangat garang dan buas…
Ujian Tuhan
Kita umat Islam telah Allah uji dengan dua keadaan : kekayaan dan kemiskinan. Sayangnya kita gagal di dalam kedua-dua ujian itu. Bila kita miskin kita jadi kufur dan bila kita kaya kita jadi lali dan takabur…
Lantas bagaimana kita ???!
“ Pilih yang sederhana !!”
ให้ความเห็น »
RSS feed สำหรับความเห็นต่อเรื่องนี้ TrackBack URI
ใส่ความเห็น
บลอกที่ WordPress.com . | Theme: Pool by Borja Fernandez.
รายการ และ ข้อคิดเห็น feeds.
